Monday 26 January 2015

Cadangan 20 Perkara Versi Baru

Tiba-tiba saja Perkara 20 ( P20 ) menjadi perbincangan hangat akhir-akhir ini. Semuanya berpunca bila ada kelompok kecil Sabahan sendiri yang cuba menafikan kewujudan P20. Kalau dahulu, P20 ini amat sensitif untuk dibincang, kini isu ini sudah menjadi bualan seharian. Namun, amatlah malang jika Sabahan sendiri yang berusaha menafikan isu ini, sedangkan disebabkan P20lah, Sabah kini menjadi sebahagian dari Persekutuan Malaysia.

P20 sebenarnya adalah 20 syarat yang diajukan oleh semua parti politik Sabah sebelum wujudnya Persekutuan Malaysia, untuk membolehkan Sabah setuju bergabung membentuk negara baru. Untuk melihat isi kandungan P20, ia hendaklah dilihat dan disesuaikan dengan zaman pra pembentukan Malaysia. P20 adalah harapan dan impian Sabahan untuk tanah air mereka, bila berada dalam Malaysia kelak. Mentafsir P20 berdasarkan masa kini adalah suatu kesilapan. Tetapi P20 ini juga adalah kayu ukur jelas apakah impian kita dalam Malaysia adalah sekadar fantasi atau apakah P20 itu benar-benar telah dipatuhi. 

Memandangkan pada pendapat penulis bahawa P20 itu adalah sesuai pada tahun 1960an, maka penulis juga ingin mengulas kembali semua PERKARA yang terdapat dalam 20 Perkara ini. Ini disebabkan persekitaran dan keadaan masyarakat pada 1960an sudah amat jauh berbeza dengan keadaan sekarang. Berikut adalah pandangan penulis untuk P20 yang diperlukan Sabahan sekarang;

1. AGAMA

Agama Islam adalah agama rasmi Sabah. Bagai mana pun, semua agama lain adalah bebas diamalkan, sama seperti bebasnya orang Islam dalam menjalankan aktiviti keagamaan mereka. Akta Khas perlu digubal untuk mengelakkan kewujudan pihak yang memperlekeh agama lain, terlebih lagi yang bersifat menghina. Peruntukan pembangunan kemudahan untuk semua agama hendaklah sama rata.

2. BAHASA

Bahasa rasmi ialah English, dan bahasa kedua hendaklah Mandarin. Ia bersesuaian dengan keperluan global, bagi membolehkan Sabahan mampu bergaul dengan bangsa sedunia.

3. PERLEMBAGAAN

Perlembagaan tertinggi dalam NEGARA SABAH hendaklah Perlembagaan Sabah itu sendiri. Mana-mana Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang bertentangan dengan Perlembagaan Sabah, maka perlembagaan Persekutuan itu tidak terpakai di Sabah.

4. KETUA PERSEKUTUAN

Seperti asal.

5. NAMA PERSEKUTUAN

Seperti asal.

6. IMIGRESEN

Sabah mesti ada Jabatan Imigresen sendiri, yang bertanggung jawab terhadap TYT Sabah. Sabah mesti ada kawalan penuh ke atas kedaulatan bumi Sabah.

7. HAK BERPISAH

Sabah berhak berpisah dari Persekutuan jika diluluskan oleh majoriti mudah DUN Sabah. Ini selaras dengan laporan IGC.

8. BORNEONISASI

Semua penjawat awam Persekutuan di Sabah hendaklah hanya dikhususkan kepada Sabahan. 30% jawatan tinggi Jabatan dan Agensi Persekutuan di peringkat Persekutuan juga hendaklah dikhususkan untuk Sabahan.

9. PEGAWAI BRITISH

-Mansuh-

10. KEWARGANEGARAAN

Sabah berkuasa penuh berkaitan soal kewarganegaraan. Rakyat Sabah hendaklah secara automatik menjadi rakyat Persekutuan, tetapi tidak semestinya rakyat Persekutuan adalah rakyat Sabah. Sabah hendaklah ada Kad Pengenalan sendiri, selain dari Kad Pengenalan Persekutuan.

11. TARIF DAN KEWANGAN

Sabah hendaklah berkuasa penuh mengurus dan membelanjakan hasil sendiri. Boleh mengeluarkan mata wang sendiri, berdagang terus dengan negara asing, dan mempunyai Lembaga Hasil Dalam Negeri sendiri. Hasil Sabah sebanyak 5%, hendaklah disumbangkan kepada Kerajaan Persekutuan.

12. KEDUDUKAN ISTIMEWA KAUM BUMIPUTERA

Orang Asal Sabah hendaklah diberi hak istemewa dalam dasar-dasar kerajaan, termasuk pemilikan tanah, pendidikan, peluang pekerjaan dan peluang perniagaan. Bagaimana pun, tiada penindasan dibenarkan ke atas hak penduduk Sabah yang lain.

13. KERAJAAN NEGARA

Kerajaan Negara Sabah hendaklah ditentukan sepenuhnya oleh DUN Sabah. Persekutuan dilarang sama sekali untuk campur tangan dalam hal ehwal Kerajaan Negara. Suruhanjaya Pilihan Raya Sabah hendaklah diwujudkan.

14. TEMPOH PERALIHAN

-tidak releven-

15. PELAJARAN

Sistem pendidikan di Sabah, bermula dari PraSekolah hingga Universiti, hendaklah ditentukan sendiri oleh Kerajaan Negara, tanpa campur tangan Persekutuan. Bahasa penghantar ialah Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin sebagai bahasa kedua.

16. PERLINDUNGAN PERLEMBAGAAN

Tiada satu pun kandungan Perlembagaan Sabah, boleh dibawa ke Mahkamah oleh pihak Persekutuan.

17. PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PERSEKUTUAN

Sabah hendaklah diberi hak 30% Ahli Parlimen dari jumlah keseluruhan Ahli Parlimen Persekutuan. Ia bersesuaian dengan konsep rakan kongsi membentuk Persekutuan Malaysia.

18. GELARAN KETUA NEGARA

Yang Dipertua Negara atau Gabenor

19. NAMA NEGARA

North Borneo. Memudahkan untuk dikenali di seluruh dunia.

20. TANAH, HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN

Semua yg tersebut adalah hak mutlak Sabah, termasuk juga minyak. Sabah juga berhak bertanding dalam semua jenis acara sukan di Peringkat Antarabangsa atas nama North Borneo.

P20 versi baru ini, saya amat yakini adalah aspirasi sebenar pemimpin-pemimpin lama kita sehingga setuju membentuk sebuah Persekutuan rakan kongsi pada tahun 1963. P20 versi baru ini juga amat sesuai dengan keadaan Sabah sekarang, dan bersesuaian pula dengan aspirasi seluruh Sabahan.

Selamat berjuang demi hak, demi kedaulatan sebagai sebuah NEGARA MERDEKA dalam Persekutuan Malaysia. 

Jalibin Paidi

2 comments :

  1. Kenapa perlu ada versi baru?.

    Mohon pencerahan saudara Jalibin .. :)

    Sabah untuk Sabahan.

    ReplyDelete
  2. salam damai bagi semua pembaca dan penulis blog ini...mohon maaf terlebih dahulu kiranya pandangan yang saya cuba utarakan di ruangan komen ini akan menimbulkan sebarang rasa tidak selesa di kalangan semua pihak...saya bersetuju dengan cadangan-cadangan penulis yang bagi saya amat bersesuaian dengan kemelut yang dihadapi oleh Sabahan sekarang...cuma ..ada beberapa point yang saya rasa kita seharusnya masukkan dalam perkiraan kita....

    1. Agama:

    terdapat lebih daripada 4200 jenis dan agama di dalam dunia ini yang mana, masing-masing bagi pengikutnya adalah benar dan paling tepat untuk diamalkan...persoalannya di sini...bagaimanakah keharmonian itu boleh dicapai jika para pengamal masing-masing ingin ketengahkan ajaran agama dan kepercayaan mereka sendiri?
    mungkin agak keterlaluan bagi saya untuk masukkan/kaitkan perangkaan dunia ke dalam skop Negara Sabah namun...simbolik ini sebenarnya amat tepat untuk menggambarkan situasi sebenar negara kita yang didiami oleh puluhan etnik dan agama yang berbeza..

    saya berpegang kepada semua agama yang ada adalah baik dan wajib dihormati. soal masuk ke neraka-syurga atau dilahirkan semula sebagai haiwan adalah bergantung dengan amalan peribadi dan tidak dipengaruhi oleh konsep pemerintahan sesebuah institusi ...jadi pandangan saya, tidak perlulah kita mengangkat SATU daripada seribu yang ada untuk dijadikan sebagai RASMI...



    Jika sesebuah negara dipengaruhi oleh konsep agama, maka pemilihan latar belakang para pemimpin juga dipengaruhi oleh agama..dengan ini, kemungkinan besar akan ada pemimpin yang betul-betul berkaliber akan tersisih disebabkan faktor "undian mengikut agama" dan kelayakan mengikut agama" yang tidak dapat kita elak...kawal-awal lagi "mindset" kita telah diprogram berdasarkan agama... pendek kata, jika agama rasmi ialah Kristian, adakah relevan jika ketua negara itu Muslim (dan sebaliknya)

    Justeru itu, saya percaya, isu untuk menjadikan mana-mana agama sebagai agama rasmi merupakan antara SATU LANGKAH PALING PENTING dalam mencorak perpaduan rakyat. jika kita dapat BEBAS DARIPADA BELENGU "rasmi dan tidak rasmi" berkenaan dengan ini maka kita bebas dalam perpaduan selamanya.

    2. Bahasa

    saya bersetuju dengan cadangan penulis namun ingin mengingatkan kita semua tentang soal "bahasa peribumi"....bagi saya adalah lebih cantik jika kurikulum yang bakal ada disajikan subjek "bahasa ibunda" (semua bahasa peribumi)...ini bukan sahaja memelihara identiti setiap kaum malah memberi peluang pekerjaan kepada para penutur bahasa peribumi lain....

    suka untuk saya berkongsi pengalaman ketika belajar dan bekerja di Melaka selama beberapa tahun di mana saya berpeluang untuk bergaul dengan masyarakat Portugis di sana. Untuk pengetahuan, bahasa ibunda mereka telah lama lenyap di negara asal mereka sendiri. Mereka yang dikira sebagai pendatang di Melaka sebenarnya merupakan talian hayat yang terakhir dlam membuktikan kewujudan kaum Portugal dengan bahasa Portuguese yang asli.

    PERKARA 21
    suka untuk saya cadangkan bahawa perkara-perkara asas ini perlu ada tempoh untuk dikaji semula bagi memastikan ianya sentiasa relevan mengikut peredaran masa.

    p/s:hari ini sudah masuk hari rabu...ada draw...jgn lupa cuba nasib...hehehe

    ReplyDelete